March 16, 2013

Recipe #6: Oreo crepe


Assalamualaikum & hai.


'Putar, jilat dan celup'. Tau dah, iklan oreo kan haha. Akhirnya buat jugak oreo crepe ni. First time buat memang tak jadi sebab tak reti lagi. Bila dah lama lama tu okay la kan. Memanjang jea entry pasal makanan ni kan. Kejap kek, kejap itu, kejap ini. Sorry la bro, ini jea yang aku mampu buat sekarang ni. Dah memang takda kerja lain dah -_-


Bahan-bahan:

20g tepung gandum
20g tepung ubi
10g tepung katard
10g tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40 ml susu cair
120 ml air (kalau pekat, tambah air lagi)
pewarna 
Esen vanilla
Oreo secukupnya





Cara-cara:

  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Pukul dengan whisk dan tapis. Kalau pekat tambah air sedikit.
  • Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk kecil. Tuangkan adunan ke dalam kuali sambil di pegang.
  • Layangkan kuali agar adunan sekata dan masak atas api kecil.
  • Masak sehingga kering, angkat dan tak perlu terbalikkan semasa mengangkat.



Aku buat dua colour, pink dengan kuning. Baru cute sikit hihi.



Dah siap masak. Sejukkan dulu baru lipat.

Filling:
150 ml fresh cream (putar sehingga kental)
Oreo secukupnya.
*Kalau rasa nak manis, tambah la gula sikit dalam cream tu.

Caranya:
Letakkan cream dekat tengah crepe dan letakkan oreo. Pastu letak lagi cream dekat atas dia. Lipat kiri kanan atas bawah. Dah siap!




Tadaa! Dah siap. Siap gigit lagi tu hihi.


Goodnite!


No comments:

Post a Comment