February 08, 2013

Recipe #1: Puding roti coklat chip


Assalamualaikum & hai.



Tengok title pun dah tau kan. Puding roti coklat chip. Hmm first time guna oven, so setakat ni tak meletup lagi lah. Actually dah lama dah buat puding ni, cuma baru nak post sekarang. Thanks to kak Ana sebab resipi puding ni dia punya. Lagipun saja nak tunjuk kat abah yang anak dara dia ni pun pandai buat dessert jugak hihi :)




Simple jea nak buat puding ni. Yang kat atas ni, roti dengan coklat chip pastu tuang fresh milk. Rendam kejap roti tu dengan susu. Dalam roti tu pun aku letak coklat chip jugak. 




Letak butter, telur, pes koko, tepung jagung dan gula. Pastu kacau guna whisker sampai dia sebati.



                           

Lepas dah siap coklat, tuangkan jea atas roti tu. Pastu masukkan dalam oven.





See, dah masak. Nampak jea hitam tapi sedap sebenarnya :) Hitam tu sebab coklat dia okay.




Gambar daripada kak Ana sebab tak sempat nak tangkap gambar yang dah potong. Belum papew lagi diorang dah makan. Sama jea, just aku punya puding banyak sikit coklat atas tu dengan coklat chip dalam roti.

Maybe aku punya puding tu sedap sangat kot sampai abah tak percaya yang anak dara dia ni yang buat. Haha benda senang jea nak buat. Kalau nak tau sedap ke tak sedap, buatlah sendiri okay? Hihi :)



Baibai!