Assalamualaikum & hai.
Okay hari ni kita buat cream puff ye puan puan makcik makcik nenek nenek adik adik kakak kakak (dah lama buat actually, baru nak post). Cream puff i colour pink gituu. *suara pondan. Eeeiiiiiiii, geli tekak aku eh. Kan aku dah cakap, tangan aku ni rajin jea kalau bab bab baking ni. Ada jea benda yang dia nak buat. Cream puff aku ni bukan custard filling tau, tapi chocolate filling. Nyum nyumm sedap. Siap colour pink lagi haha. Tapi lepas bakar tak nampak sangat pun pink dia :/ Maybe kena letak banyak sikit kot pewarna tu. *tetap nak nampak colour pink jugak =='
Okay, dah stop membebel.
Nah, ni bahan bahan dia ye puan puan :)
Chocolate pink puff. Also known as Cream puff.
125 g mentega
250 ml air
150 g tepung gandum *diayak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna merah jambu *tak letak pun takpa, saja gedik nak colour pink hihi.
secubit garam
- First, campur mentega dengan air dalam mangkuk. Panaskan atas api. Bila mentega dah cair, masukkan tepung. Pukul laju2 sampai dia tak melekat dekat mangkuk tu (still atas api).
- Lepas dah tak melekat, tutup api, masukkan dalam mangkuk lain pulak. Jenuh la aku nak basuh banyak mangkuk. *benda dua mangkuk je pun ==
- Okay, then masukkan telur satu per satu. Masuk telur pukul, masuk telur pukul tau tau haha. Lepas tu, masukkan esen vanilla dengan pewarna. *kalau nak puff korang tu berwarna la.
- Masukkan dalam piping bag. *aku takda piping bag, so letak dalam plastik biasa je pastu gunting sikit hujung plastik tu. Sedihnya :/
- Lepas tu picit, buat bentuk comel2 sikit. Nanti bila dah masak dia kembang gila. So, buat kecil jea la okay.
- Then masuk dalam oven, bakar dalam lebih kurang 15-20 minit, 200c. See, my pink puff is getting bigger hihi.
Yayy, dah masak. So kena buat chocolate filling dia pulak.
Chocolate filling.
100 ml double cream/ whipping cream
250 g coklat
2 sudu kecil tepung jagung
Kalau rasa macam tak manis, tambah gula ye.
Cairkan coklat guna kaedah double boiler. Lepas dah cair, masukkan whipping cream dan tepung jagung. Kacau kacau, dah siap! Sejukkan dulu dalam peti ais.
Potong, masukkan chocolate filling, pastu ayakkan icing sugar atas dia.
Tadaaa, dah siap! Nyum nyumm, lembut dan sedap :)
Have fun, bye!
No comments:
Post a Comment