Assalamualaikum & hai.
Chocolate mousse layer cake. Disebabkan ada orang tuuu nak resepi ni, aku post jugak lah resepinya. Haha.
Bahan A :
1 cawan gula pasir halus/kastor
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair @ susu
segar
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
Bahan B (di ayak) :
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Bahan C :
4 biji telur (di blender)
Cara - caranya :
- Satukan ke semua Bahan A ke dalam periuk.
- Masak sebentar atas api perlahan sampai ke semua bahan tersebut larut. Matikan api dan rehatkan seketika.
- Kemudian, masukkan Bahan B (bahan2 yg di ayak) dan Bahan C (telur yg di blend tadi) ke dalam adunan tersebut berselang seli.
- Masukkan sikit demi sedikit dan kacau guna whisker/senduk. buat sampai habis. Gaul sebati sampai adunan tak berbintil2.
- Kemudian masukkan dalam loyang yg di griss dgn butter, tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus hingga masak.
- Pastikan ketika mengukus, JANGAN buka periuk kukusan 45 minit yg pertama.
- Kalau guna kaedah bakar pun boleh, tapi kena panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 130 celsius. Bakar selama sejam atau sampai masak. Api oven atas bawah.
- Kemudian bahagikan kek tersebut kepada beberapa bahagian.
LAPISAN MOUSSE
Bahan A :
150ml whipping krim/susu segar
300 gram coklat masakan
10 gram gelatin/serbuk agar2 (tak nak
letak pun takpa)
- Masak bahan2 di atas dgn kaedah double boiler.
- Cairkan coklat terlebih dahulu. Bila coklat dah cair baru masukkan whipping krim/susu segar, di ikuti dgn gelatin/serbuk agar2.
Bahan
B :
500 ml
whipping cream non dairy
- Dalam bekas mixer yg kering, putar whipping krim tersebut sampai kental/gebu.
- Kemudian, tuangkan coklat cair tadi ke dalam adunan whipping krim tersebut. Gaul sebati. Sejukkan didalam peti ais.
Bahan2:
500 gram coklat masakan
280 ml susu segar/whipping krim
1 sudu besar butter
- Cairkan coklat dgn kaedah double boiler, bila dah cair, masukkan whipping krim. Kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan butter. Biar adunan sejuk seketika baru tuang atas kek tadi.
Selamat mencuba!